Rabu, 19 Oktober 2022

SK Kg Kuala Pajam, Beranang, Selangor

Pertama kali aku menjejakkan kali ke sekolah ini pada 15 April 2021.  Pertukaran setara menempatkan aku di sini.  Bertemu dengan rakan guru yang pernah kutemui sejak tahun 2006 dahulu.  

    Sebuah sekolah yang terletak di daerah Hulu Langat, Selangor.  Sekolah yang memberi kenangan manis kepada ramai insan yang berumur lebih 60 tahun.  Bersaiz kecil tetapi berjiwa besar.  Kapasiti murid tidak sampai 300 orang termasuk murid Prasekolah.  

    Kedudukannya yang agak jauh ke dalam, memberikan ketenangan jiwa kepada sesiapa sahaja yang datang bertamu ke sini.  Kehijauan persekitaran juga memberi suasana seperti berada di Cameron Highlands. 

Sabtu, 3 Ogos 2019

Sakit...

Rasa itu,
pernah menghambat aku pergi,
pergi yang mungkin tak kembali,

Rasa itu,
membuat ramai pilu,
tersedu menunggu waktu.

Hilang punca dan hilang rasa,
menangis yang melihat dan yang merapat,
tapi aku hanya kelu membenarkan apa yang berlaku,
tanpa sedar waktu berlalu.

Sesedar aku dari lena yang panjang,
baru menyedari betapa hiba menjalar suasana,
banyak titisan dari kelopak yang mengalir.
Aku termangu cuba menggarap cerita.
Betapa susah memaham suasana,
berdikit aku mengerti...
aku hampir dibawa pergi,
tapi masa sebenar belum tiba lagi.
Maka aku tersedar kembali.
Terima kasih Ya Rabbi

NSWBM01082019

Bersama kita menjaga hubungan baik kita dengan Allah dan hubungan baik dengan manusia.
Kita hanya manusia yang tercipta dengan penuh kehinaan, bangkit dengan bekal keimanan, dipinjamkan sedikit kemuliaan.

Kenali siapa diri kita sebenarnya, ke mana hala tujuan kita akhirnya.
Biar hidupmu berjasa kepada yang lain dan matimu bermaruah demi agama, bangsa dan negara.

NSWBM03082016

Jumaat, 6 September 2013

Betapa dalam meneruskan kehidupan, setiap insan perlu yakin dan berani untuk bangkit demi mempastikan kejayaan berada dalam genggaman.  Otak perlu berfikir dan menerima sesuatu rintangan secara positif.  Barulah kemanisan hidup dapat dinikmati.