Sabtu, 3 Ogos 2019

Sakit...

Rasa itu,
pernah menghambat aku pergi,
pergi yang mungkin tak kembali,

Rasa itu,
membuat ramai pilu,
tersedu menunggu waktu.

Hilang punca dan hilang rasa,
menangis yang melihat dan yang merapat,
tapi aku hanya kelu membenarkan apa yang berlaku,
tanpa sedar waktu berlalu.

Sesedar aku dari lena yang panjang,
baru menyedari betapa hiba menjalar suasana,
banyak titisan dari kelopak yang mengalir.
Aku termangu cuba menggarap cerita.
Betapa susah memaham suasana,
berdikit aku mengerti...
aku hampir dibawa pergi,
tapi masa sebenar belum tiba lagi.
Maka aku tersedar kembali.
Terima kasih Ya Rabbi

NSWBM01082019

Tiada ulasan:

Catat Ulasan